Setiap Kejadian Allah Memberi Manfaat Kepada Manusia
Assalamualaikum, kami pelajar dari Politeknik Sultan Azlan Shah iaitu dari kelas DET2A telah mendapat sebuah tugasan e-folio yang bertajuk “SETIAP KEJADIAN ALLAH MEMBERI MANFAAT KEPADA MANUSIA”.Kami terdiri daripada 4 orang pelajar iaitu :-
Muhammad Syazrul Naim 15DET17F1025
Muhammad Alif Nazrin 15DET17F1028
,Muhammad Zahir Aiman, 15DET17F1015
Muhammad Nur Firdaus 15DET17F1131
Serta pensyarah kami ialah Mohd Khir Johari Bin Abas.
Muhammad Syazrul Naim 15DET17F1025
Muhammad Alif Nazrin 15DET17F1028
,Muhammad Zahir Aiman, 15DET17F1015
Muhammad Nur Firdaus 15DET17F1131
Serta pensyarah kami ialah Mohd Khir Johari Bin Abas.
PENGENALAN
Setiap kejadian Allah
memberi manfaat kepada manusia. Sebagai contoh dari sudut sains nutrisi,
pelbagai khasiat daripada makanan sunnah yang diamalkan oleh Nabi SAW.
Misalnya, buah kurma . Selain itu, minyak zaitun dan susu kambing dapat
membantu semua warga untuk meningkatkan kadar kesihatan agar dapat melakukan
ibadah atau aktiviti lain supaya hidup manusia akan menjadi lebih aman dan
lebih sejahtera. Akhir sekali, madu juga mempunyai khasiat yang banyak. Madu
juga boleh dijadikan sebagai makanan dan ubat-ubatan. Ia juga sesuai digunakan
semua peringkat umur.
DARI
SUDUT SAINS NUTRISI, PELBAGAI KHASIAT PADA BUAH KURMA.
Gambar diatas adalah lukisan buah kurma yang saya lukiskan. Buahan-buahan juga salah satu makanan yang mengandungi pelbagai nutrient. Apabila Ramadhan ramai yang berbicara mengenai buah kurma pasti ramai masyarakat yang tidak tahu atau menyedari bahawa buah kurma mempunyai banyak kebaikkan dan kandungan nutrient didalamnya. Oleh kerana, kandungan nutrient buah kurma yang sangat tinggi menjadikan ia makanan yang wajib anda makan untuk kesihatan tubuh badan. Pelbagai khasiat dan nutrient daripada buah kurma khasiat di dalam buah kurma ialah kaya dengan zat besi. Kekurangan zat besi dapat meningkatkan risiko anemia atau rendahnya kadar hemoglobin dalam darah. Malah kurma juga boleh melegakan sembelit. Seterusnya, Dari segi perubatan Kurma juga boleh dapat mencegah penyakit Kronik seperti jantung & Kencing Manis dengan memakan kurma setiap hari. Buah kuma mengandungi vitamin E . Oleh sebab itu, kurma sangat baik untuk anda bersahur. Akhir sekali, buah kurma dapat mengawal tekanan darah dan ianya tiada langsung sodium.
PENDAPAT
MENGENAI LAMBAKAN PRODUK YANG MENGGUNAKAN ISTILAH PEMAKANAN SUNNAH
Pada
pendapat saya, produk-produk yang mengunakan istilah pemakanan sunnah adalah
bertujuan untuk melariskan produk tersebut sahaja.Ramai yang akan membeli dan
mempercayai bahawa produk-produk tersebut adalah makanan sunnah. Pengguna harus berfikir secara bijak untuk hal, ini. Jika sesuatu produk itu ,dicop
sebagai pemakan sunnah sebab bahan-bahan produk tersebut mengandungi makanan
sunnah, seeloknya dirujuk dulu hukumnya. Selain itu, pendapat saya mengenai
pemakanan sunnah ialah jika makanan itu sudah di campuradukkan dan berubah dari
bentuk semulajadinya ia akan mengurangkan tahap nutrisi dan khasiat dari yang
semulajadi. Kerana pemprosesan makanan tersebut untuk mejadikan ia tahan lama
dan sedap haruslah dicampurkan dengan bahan-bahan lain dan disebabkan itulah
khasiatnya kurang.
MAKANAN-MAKANAN
SELAIN KURMA YANG DIANJURKAN OLEH NABI SAW BESERTA KEBAIKANNYA
Makanan-makanan selain kurma yang dianjurkan
oleh Nabi Muhammad S.A.W serta kebaikkannya ialah minyak zaitun. Minyak zaitun
mengandungi pelbagai khasiat untuk semua orang serta Allah juga telah
menurunkan ayat tentang minyak zaitun di dalam Surah An-Nuur, ayat 35. Kebaikkan
minyak zaitun yang dapat kita kaji ialah dapat meningkatkan fungsi otak dan
mencegah penyakit Alzheimer. Oleh itu, kebaikkan minyak zaitun dapat
membantu seseorang untuk menghafal sesuatu yang mereka inginkan. Contohnya,
seseorang tersebut dapat menghafal hadis atau surah demi kebaikkan diri
sendiri. Gambar dibawah adalah lukisan minyak zaitun.
Selain itu, minyak zaitun adalah yang terbaik manusia kerana ia dapat menguatkan
tulang kita. Seterusnya, makanan sunnah yang dianjurkan oleh Nabi SAW dan dapat kita kaji
ialah susu kambing. Susu kambing adalah makanan yang mengadungi segala vitamin,
mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim .
Di samping itu, keistimewaan susu kambing adalah pada nutrisinya yang dua kali
ganda lebih baik daripada susu lembu. Malah kehebatan susu kambing ternyata standing
dengan susu ibu sendiri. Akhir sekali, sekiranya kita minum susu kambing seseorang itu ternyata ia mampu
merawat penyakit penghadaman. Jika kita tidak minum susu kambing.
Kita tidak dapat mengawal minum susu kambing, kita akan mengalami proses penutrisian
yang tidak baik. Penyakit gastrik yang teruk juga boleh dipulihkan denga minum susu
kambing. Oleh hal demikian, kebaikkan susu kambing dapat memberi manfaat yang banyak
kepada mausia. Contohnya, semua warga digalakkan minum susu kambing demi menjaga
kesihatan masing-masing.
KHASIAT MADU
Gambar diatas adalah lukisan madu. Madu juga merupakan makanan sunnah yang berkhasiat tinggi. Madu
merupakan satu-satunya makanan yang dihasilkan oleh lebah yang memiliki semua
komponen keperluan hidup manusia termasuk enzim, mineral, kandungan air yang membantu meningkatkan fungsi otak. Madu juga boleh dijadikan sumber
vitamin dan mineral. Madu mengandungi Vitamin C yang memang banyak khasiatnya kepada
tubuh badan. Madu juga mengandungi zat besi yang membantu sistem peredaran darah. Madu
mampu meningkatkan jumlah sel darah merah. Bagi seseorang yang mempunyai sel darah
merah yang sikit, Madu juga bersifat antibakteria iaitu boleh membunuh bakteria dan penyakit.
Di samping itu, madu
juga boleh melembabkan kulit. Masalah kulit kepala seperti kelemumur sangat mudah diatasi
dengan mengamalkan madu setiap hari. Tidak ketinggalan, madu
juga terbukti boleh mengurangkan keguguran rambut. Madu mampu mengurangkan alergik selain daripada
mengurangkan kesakitan akibat alergik. Selanjutnya, madu boleh memberikan tenaga kepada
manusia. Pening biasanya disebabkan oleh
kekurangan darah dalam badan dan bertindak sebagai penambah sel darah merah dan kadar
oksigen di dalam badan seseorang. Madu sangat berkesan kepada mereka yang selalu
menggunakan tenaga pada jangka waktu yang lama. Tambahan
pula,madu mampu menjauhkan diri anda daripada kanser.
PENUTUP
PENUTUP
Sudah terang lagikan bersuluh,terbukti bahawa makanan sunnah mempunyai banyak khasiat dan kebaikannya terutama pada kesihatan.Selain daripada dapat menjaga kesihatan,makanan sunnah dapat mengubah corak pemakanan seseorang dengan lebih sihat.Selain daripada khasiat makanan di atas,pelbagai lagi yang boleh kita ambil dalam kehidupan seharian kita.





Comments
Post a Comment